WAJAH SIAPA DI HATI MU
By
Azlina Aziz

***************

Wajah siapakah yang dikau cari
Setelah dikau mengecewakanku
Senyuman siapakah yang masih dikau nanti
Untuk mengisi kekosongan jiwa
Lembutnya lidah mengucapkan kata
Melafazkan dendammu rindukanku
Padamu hanayalah aku yang dapat menghiburmu
Dan jua melenyapkan keresahan
( korus )
Tapi kini tiada lagi
Senyuman manis dan tawa mesramu
Terbiar aku...
Keseorangan...
Derita melanda
Mengganggu hatiku
Mengapa begini
Berakhirnya dunia
Cintaku... sayang
Kembalilah dikau dalam hatiku
Terangilah segala kegelapan
Nyalakanlan semula obor cinta kita
Agar damai hatiku dan hatimu
( ulang korus hingga akhir)

SIREH PINANG

***************

( 1 )
Sireh Pinang didalam puan
Untuk hidangan putera perkasa
( 2 )
Selamat Jalan Duhai Pahlawan
Tabah hatimu semangat waja
( 3 )
Kuiring dikau doa dan harapan
Berjuang dengan hati yang suci
( 4 )
Semoga pulang dengan kemenangan
Kumananti saat kau kembali...
( ulang 3, 4, 1 & 2 )( 2X )

KESEDERHANAANMU (FEAT. ADNAN ABU HASSAN)

***************

( P: )
Ku... mimpikan kedamaian
Di dalam kesederhanaan satu kehidupan
( L: )
Ku... rindukan kemesraan
Bersama senyum keramahan tiap pertemuan
( L & P: )
Bila renungi hari yang berlalu
Menyesali dosa yang berlaku
Sering di bawah kesedaran diri
Kesilapan serupa berulang lagi oh...
( P: )
Waktu dan persekitaran
Membawa kita meniti alam kedewasaan
( L: )
Dan bermula dari sini
Tak mahu lagi membiar diri diulit mimpi
( L & P: )
Sayang dengan mu rela kutempuhi
Suka duka kehidupan ini
( P: )
Hanya kesederhanaan dirimu
Yang kuharap kau pertahankan selalu oh...
( L: )
Hanya kesederhanaan dirimu
Yang kuharap kau pertahankan selalu oh...
( P: )
Ku... rindukan kemesraan
Bersama senyum keramahan tiap pertemuan
( L & P: )
Kesederhanaan... bawa kedamaian

MENCARI MIMPI

***************

Sepanjang perjalanan
Meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi
Tak pernah kutemui
Umpama pengembara
Kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa
Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun kusedari
Ku meniti pelangi
Kerana keindahan
Warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata...
( korus )
Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram
Mengasyikkan...
Sejenak kubiarkan diri
Melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah
Sia-sia
Seumpama...
Pengembara...
Terpedaya...
( ulang dari korus )
Kerana mimpi... hanya mimpi

DI SINI BUAT PERTAMA KALI

***************

Sempurnakah hidup ini
Tak pernah kasih sayang dikecapi
Kerana sentiasa bimbang akan terluka
Berlalu usia begitu saja
Satu demi satu kejayaan
Kuperolehi dalam kehidupan
Tetapi mengapakah
Tak merasa bahagia
Kekosongan ini makin menyiksa
( korus )
Oh di sini... oh di sini
Buat pertama kali
Kumerasakan kehadiran
Meninggalkan kesan
Oh di sini kau di sisi
Sudut hati yang sepi
Kian terisi dengan kasih
Melengkapi diri
Oh...
Dua dunia yang berbeza
Telah bertemu atas nama cinta
Suratan menentukan ajal pertalian
Diri ini pasrah padamu Tuhan
Andainya telah ditentukan
Di akhir pertemuan perpisahan
Biarlah aku rela
Mengalami segala
Untukku fahami erti kecewa

INDAHNYA BERAYA DI DESA

***************

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia
Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha 'pakar' hati orang tua
( korus 1 )
Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira
( korus 2 )
Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya
Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan
( ulang dari mula hingga akhir )