#di dalam sepi itu lirik, #di dalam sepi ini lirik

DI DALAM SEPI INI
By
Sudirman

***************

serasa diri ini
terpinggir
di batas nan sepi
tak sesiapa menemani
di dalam sepi ini
kembali
ku mengingatimu
lalu hati jadi rindu
aku terperangkap dalam diri
aku terpedaya oleh mimpi
aku dikejar bayang - bayang
keterpaksaan menyeksakan
lama ruang hati kekosongan
lama ku menangis sendirian
lama hanyalah hitungan masa
tak terluntur kenangan indah
di antara kita
di dalam sepi itu
bertakhta
bayangan dirimu
mencengkam sanubariku

HUJAN

***************

hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut
cinta yang bersemi di waktu hujan turun
menyirami ketandusan hati
dan hujan turut mengiringi
engkau pergi
selembut hujan bercurahan
begitulah cinta ini
semesra bumi yang disirami
begitulah hati ini
hujan yang turun bersama airmata
bersama pedih bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua
rindu lagi

MERISIK KHABAR

***************

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...
( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
( ulang korus )

JAUH DI SUDUDT HATI

***************

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku
Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi
Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali
Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula
Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku

TERASING

***************

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan
Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu
Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali
Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

JAUH DI SUDUT HATI

***************

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku
Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi
Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali
Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula
Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku